Featured Post Today
print this page
Latest Post

Akta Gangguan Seksual Akan Diwujudkan – Rohani


KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Akta Gangguan Seksual yang bukan hanya dikhususkan kepada wanita, malah sebagai suatu akta yang lebih menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perbincangan akan diadakan bagi mewujudkan akta tersebut bersama pihak berwajib bagi memperbaiki akta sedia ada.

“Kita pada masa ini akan jalankan satu kerjasama untuk membawa Akta Gangguan Seksual kepada undang-undang sedia ada yang perlu diperbaiki lagi. “Satu perbincangan akan diadakan bagi mewujudkan akta tersebut demi kebaikan yang bukan sahaja untuk wanita sahaja tetapi sebenarnya untuk semua,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 berkaitan kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional Perak Datuk Rusnah Kassim baru-baru ini menggesa kerajaan agar segera memperkenal Akta Gangguan Seksual supaya kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.-BERNAMA
0 komentar

VIDEO Dewi Persik Selamba Beraksi Panas


DI Malaysia, stesen TV mempunyai garis panduan tentang pakaian yang tidak boleh terlalu mencolok mata.

Di luar liputan TV pula, memang ada artis kita yang gemar memakai pakaian seksi namun rata-rata mengambil langkah selamat dengan menghindarinya daripada dirakam agar tidak beredar di internet seterusnya ‘dibahan’ oleh peminat dan masyarakat.

Antara yang pernah pedih telinga mendapat tazkirah percuma daripada para peminat adalah Rozita Che Wan ketika tersebar gambar dia mengenakan skirt pendek dan Nabila Huda yang gemar mengenakan hot pants.

Namun di Indonesia, sebaliknya. Kecaman masih ada namun artis di sana tidak pula malu untuk beraksi panas malah siap memuat naik ke dalam laman sosial mereka.

Contohnya, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai DePe. Penyanyi dangdut yang terkenal dengan goyang gergaji ini memberikan aksi panas seperti bintang porno ketika merakam video untuk laman Keek miliknya, 6 hari lalu.

Dipercayai, aksi itu dirakam sesudah dia selesai mengadakan satu persembahan.

Yang tak sesuai tu, dengan pakaian murahan DePe sempat mengungkapkan, ‘Alhamdulillah, acaranya sukses hari ini’.

Semoga dia sempat insaf sebelum kembali menjadi tanah… – REM RAMZI

Aug 30, 2013 | by dewiperssik16 on Keek.com
0 komentar

Mangsa Salah Tangkap Dapat Ganti Rugi USD13 2 juta

11 Mac 2013 catatan idahsalam

 
Foto: Orange
Foto: Orange
OHIO David Ayers mendapatkan ganti rugi sebanyak USD13,2 juta        dari pemerintah  Cleveland, Amerika Syarikat  .  Wang sebanyak itu didapatkannya setelah secara keliru dipenjara selama 13 tahun atas dakwaan melakukan pembunuhan.

Warga Amerika Syarikat itu ditahan pada tahun 1999 atas pertuduhan membunuh seorang nenek berusia 76 tahun. Ayers menerangkan polis ketika itu mengeluarkan pengakuan palsu dan menghilangkan bukti yang menunjukkan bahawa dia tidak bersalah.

“Saya seharusnya sudah mendapatkan keadilan sejak lama. Saya harap tidak ada lagi warga yang mengalami nasib seperti saya,” ujar Ayers, seperti dikutip Associated Press, Isnin (11/3/2013).

Ayers sebenarnya sudah dibebaskan dari penjara sejak tahun 2011 lalu. Namun setahun kemudian Ayers menuntut enam petugas polis  Cleveland dan pemerintah lokal atas penderitaan yang dialaminya selama dipenjara.

Pihak mahkamah pun menerima tuntutan Ayers. Hakim menyatakan, petugas polis telah menjebak Ayers sehingga dia menerima hukuman penjara.

“Akhirnya dia mendapatkan keadilan, saya percaya apa yang dikatakan Ayers adalah kebenaran,” ujar peguam yang membela lelaki  berusia 56 tahun itu, Rachel Steinback.


0 komentar

Apa Itu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan GST


KETIKA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ramai pihak termangu dan tertanya-tanya apakah itu GST dan apakah kesan perlaksanaannya kepada orang ramai.

Kebimbangan yang wujud dalam kalangan orang ramai ialah GST adalah satu cukai tambahan kepada cukai yang sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan seperti yang dikenakan sekarang.

Ketika ini cukai jualan dan cukai perkhidmatan dikenakan secara berasingan dengan kadar-kadar kira-kira 16 peratus untuk produk dan perkhidmatan tertentu antaranya restoran dan hotel.

GST Ganti Sistem Dua Cukai Sebelum Ini

Menurut Najib pada pembentangan Bajet 2014 semalam di Parlimen, GST sebenarnya bukan cukai tambahan sebaliknya cukai menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini.

“Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan. Dua cukai dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan GST.

“Ringkasnya, perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan yang baru,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

GST akan dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 April 2015 kira-kira 17 bulan dari sekarang dengan kadar hanya enam peratus.

Kadar GST Malaysia Enam Peratus Terendah Di ASEAN

Kadar GST di Malaysia adalah yang terendah dalam kumpulan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.

Kerajaan mengambil kira bebanan dan tanggungan rakyat dalam memansuhkan sistem cukai sebelum ini dan menggantikan ia dengan hanya satu sistem sahaja di seluruh negara sekaligus menjadikan ia adil dan saksama.

Jika dilaksanakan sistem seperti ini, beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis barangan itu.

Barang Makanan Dan Perkhidmatan Asas Tidak Dikenakan GST

Kepada rakyat, kerajaan tidak akan mengenakan GST kepada barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan rempah ratus.

Jaminan GST tidak akan dikenakan juga kepada perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST.

Bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan bagi pengguna tempatan tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan dan pembelajaran di sekolah juga tidak dikenakan GST.

Bagi memudahkan dan meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika perlaksanaan cukai ini nanti, kerajaan turut memberi pelagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut.

Antaranya kerajaan akan memberikan wang tunai secara sekali bayaran sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah yang menerima Bantuan Raykat 1Malaysia (BR1M).

Bagi cukai pendapatan individu, kerajaan akan mengurangkan satu hingga tiga mata peratus untuk pembayar cukai.

Dengan perlaksanaan itu, terdapat kira-kira 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Guna 17 Bulan Tempoh Sebelum Perlaksanaan Beri Penerangan

Kerajaan sewajarnya menggunakan tempoh 17 bulan sebelum perlaksanaan GST untuk memberi penerangan kepada rakyat di seluruh negara tentang apa sebenarnya GST terutamanya kepada penduduk di luar bandar.

“Ramai yang keliru bahawa GST ialah sistem cukai baharu, mereka wajib diberi pendedahan atau pemahaman terhadap GST bagi mengelak timbul rungutan apabila GST dilaksanakan kelak.

“Kerana itu kerajaan perlu ambil inisiatif untuk pastikan orang ramai betul-betul faham dengan GST ini, agensi atau jabatan kerajaan yang berkenaan perlu membuah hebahan atau penerangan dalam tempoh yang ada iaitu 17 bulan dari sekarang,” katanya dalam laporan Bernama.

Pembangkang Dakwa GST Akan Beri Kesan Buruk

Biarpun pakatan pembangkang terus mengkritik dan menentang habis-habisan GST ini, ekoran ia dikatakan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi tempatan, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan pelbagai insentif lain bagi meringankan beban rakyat.

Kerajaan sudah menegaskan dalam memastikan ekonomi negara terus stabil, ada kalanya kerajaan perlu membuat keputusan kurang popular sebaliknya memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh di peringkat antarabangsa.

Ketika ini, lebih 160 buah negara telah pun mula melaksanakan GST dan ada diantaranya lebih mundur dari Malaysia tetapi ia memberi kesan yang baik kepada negara mereka.

Jika GST adalah satu sistem yang teruk dan membebankan rakyat, tidak mungkin hampir seluruh negara di dunia sudah pun mula mengamalkan sistem ini.

Bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, Bajet 2014 itu disifatkan beliau sebagai menghukum rakyat terutamanya dalam perlaksanaan GST.

Menerusi laporan Malaysiakini, menurut Anwar belanjawan kali ini seperti menyebelahi syarikat dan orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

“Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST,” kata ketua pembangkang itu.

Jika dilihat dari kata-kata Anwar, bagaimana boleh kita mempercayai kata-katanya kerana ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, belanjawan negara tidak langsung menyebelahi orang ramai terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pada ketika itu, Anwar mengumumkan beberapa kenaikan faedah ke atas pinjaman peribadi dan langkah berjimat cermat dengan menaikkan kadar faedah berkaitan pinjaman syarikat yang sekaligus menyekat pertumbuhan.

GST Dengan Kadar Cukai Lebih Rendah

Jika dilihat pada asasnya, kadar cukai GST yang bakal dikenakan ialah secara rata enam peratus di seluruh negara berbeza daripada jumlah maksium yang dikenakan sekarang iaitu 16 peratus.

Selepas 1 April 2015, semua cukai yang dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan barangan yang boleh dicukai hanya akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus sekaligus bakal mengundang kesan positif.

Apabila peratus cukai sebelumnya adalah lebih tinggi, pasti akan ada penurunan dari segi harga apabila kadar peratus cukai baru dikenakan. Kita tunggu dan lihat nanti.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
0 komentar

Fara Fauzana Pula Pindah Stesen Radio


Selepas kejutan penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI meletakkan jawatan berkuatkuasa 14 November ini, rakan sejawatannya juga turut melakukan perkara yang sama apabila berlepas ke Perth, Australia, pagi tadi.

Adakah selepas FBI, Fara juga mengambil keputusan serupa untuk meninggalkan stesen radio kegemaran ramai itu?

Jangan cepat melatah, kerana pemergian Fara ke sana difahamkan adalah di atas tuntutan kerjanya yang dijemput untuk bersiaran dari sebuah konti stesen radio berbahasa Melayu di sana.

Peminat setia penyampai radio popular ini juga boleh mengikuti suaranya yang akan dikeudarakan secara langsung dari stesen radio Melayu yang bertapak di Perth itu.

Oleh: AUDREY LEE
0 komentar

PRU13 Mahfuz mahu PR susun strategi lawan muslihat BN

sinarharian
10 Februari 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengesyorkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar mengambil strategi bagi menghadapi apa jua kemungkinan, yang beliau sifatkan sebagai "muslihat" Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

"Saya akan meminta mesyuarat kepimpinan (Majlis Pimpinan Presiden) Pakatan Rakyat supaya mencari dan menyusun strategi bagi menghadapi muslihat BN... BN akan guna apa sahaja dalam pilihan raya umum," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu tegas beliau, PR perlu ada strategi untuk menghadapi segala kemungkinan "di mana BN akan menggunakan segala jentera dan agensi untuk menang PRU13."

Katanya, ini termasuklah kewujudan daftar pemilih yang masih belum bersih, lebih-lebih lagi ekoran kewujudan situasi warga asing di Sabah diberi kewarganegaraan dan sekali gus menjadi pengundi, sebagaimana didedahkan dalam prosiding suruhanjaya diraja baru-baru ini.

"Ini pendedahan RCI di Sabah... keadaan juga kemungkinan berlaku di Semenanjung. Jadi, bagi saya daftar pemilih tidak bersih.

"Dalam keadaan kita sudah tidak ada masa lagi untuk membersihkan daftar pemilih, PRU13 semakin dekat, kita semakin dekat dengan tembok PRU, BN akan menggunakan apa juga muslihat, Pakatan Rakyat kena ada strategi dan pendekatan sendiri," kata beliau sambil menambah, "saya juga hairan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) mengatakan pembangang kena terima keputusan PRU13 dan tidak timbulkan huru-hara."

Katanya, beliau hairan apabila perdana menteri dengan cepat-cepat mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya sungguh hairan dengan kenyataan," kata beliau yang turut mendakwa sejarah pilihan raya negara telah membuktikan BN tidak boleh menerima keputusan sebagaimana disaksikan pada tahun 1959 (ketika Perikatan) di Terengganu dan di Perak lima tahun lalu.

Kelmarin, Najib menasihatkan pembangkang supaya menerima keputusan PRU13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution  mendakwa pihak yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat - BN - sedang menggunakan psikologi bagi menghadapi PRU13.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan pihak pembangkang mampu menerima keputusan tanpa tercetusnya huru-hara berbanding dengan apa yang didakwa perdana menteri.

Beliau berkata, Najib yang juga Presiden Umno turut dilihat menggunakan "psikologi songsang" menjelang PRU13.

"Sudah 12 kali pilihan raya BN menang, pembangkang tak pernah menang di peringkat pusat.

"Tapi tak ada kekecohan pun...  tak ada sejarah berlaku huru-hara," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Mengulas lanjut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PR akan menerima keputusan pilihan raya seperti masa-masa lalu.
0 komentar

Wang Tunai 60 Ribu Poundsterling Ditemui di Dalam Sungai

20 Nov 2013

 
 PA/dailystar.co.uk
London - Seorang penduduk Lincolshire, England mendapat penemuan mengejutkan ketika membawa anjingnya berjalan-jalan  dekat sungai. Banyak lembaran wang tunai berjumlah 60 ribu poundsterling    ditemui terapung di sungai.

Penemuan wang tunai tersebut terdiri atas bermacam nilai, ada pecahan 10 poundsterling, ada juga pecahan 20 poundsterling. Lelaki itu telah membuat laporan polis pada 25 Oktober. Polis setempat segera berusaha mengumpulkan wang-wang kertas tersebut dari sungai.

Sebahagian besar lembaran wang tunai tersebut ditemui dalam kondisi rosak. Beberapa terlihat hangus terbakar di bahagian tepi. Namun ketika dihitung, jumlah totalnya cukup membuat orang terkejut.

Jumlahnya mencapai 60 ribu poundsterling. Jumlah tersebut bukannya sedikit. Demikian seperti dilansir dailystar.co.uk, Rabu (20/11/2013).

Polis setempat masih terus melakukan penyiasatan untuk mencari tahu asal-usul wang tersebut. Tim forensik dari polis diterjunkan untuk memeriksa lembaran wang-wang tersebut secara mendalam untuk mencari petunjuk. Pihak Bank of England juga dilibatkan untuk memeriksa keaslian wang-wang tersebut.

Mahkamah setempat juga telah mengeluarkan perentah bagi  polis  setempat untuk melakukan pemeriksaan dan penelitian lebih lanjut, sebelum akhirnya mengembalikan wang-wang tersebut kepada pemiliknya.

Atau jika nantinya polis  tidak berhasil menemukan pemilik wang tersebut, maka mahkamah boleh diminta untuk mengeluarkan perintah penyitaan keatas wang tersebut. Ops  lainnya,wang tersebut akan diserahkan kepada penemunya.
0 komentar

Aksi Kanibal Serang Perempuan Menakutkan

4 Nov 2012



Wenzhou - Serangan ‘kanibal’ terjadi di China dan tertangkap kamera. Pelakunya seorang pemandu bas yang tiba-tiba mengamuk dan menggerogoti wajah perempuan.

Perempuan malang itu berkemungkinan terpaksa menjalani operasi plastik untuk memperbaiki wajahnya yang rosak. Sebagaimana diberitakan, media lokal, Chinasmack, Isnin (2/7/2012), pelaku perbuatan ala kanibal itu adalah Dong, seorang pemandu bas. Warga mempublikasikan foto-foto kejadian itu di microblog Sina Weibo, semacam Twitter versi China.

Dong yang sedang mabuk berat setelah makan siang dengan temannya tiba-tiba berlari di jalanan kota Wenzhou, China. Ia berhenti dan berdiri di depan sebuah kereta yang sedang dipandu seorang perempuan, bernama Du. Ia meminta perempuan itu untuk berhenti.

Dong kemudian naik ke atap kereta dan memukul-mukul kereta itu. Tentu saja, si perempuan di dalamnya panik bukan kepalang dan dia pun berteriak minta tolong. Saat ia keluar untuk meninggalkan keretanya, Dong langsung menyergapnya dan menindihnya di aspal.

Saat itulah Dong mulai menggerogoti wajah Du hingga wajahnya berlumuran darah. Beruntung, warga di sekitarnya datang menolong.    Polis  kemudian datang dan menangkapnya. Sedangkan Du dilarikan ke rumah sakit. Doktor mengatakan dia harus menjalani bedah plastik untuk memperbaiki hidung dan bibirnya yang rosak.

Insiden ini terjadi tidak lama setelah kejadian serupa di beberapa tempat. Salah satu yang popular adalah kes ‘teman makan teman’ di Florida, Amerika Syarikat. Saat itu Rudy Eugene kedapatan tengah mengunyah daging temannya di pinggir jalan. Ia kemudian tewas setelah ditembak mati polis .

SUMBER
0 komentar

Berkat Tsunami Jepang Kota Atlantis Ditemukan

Berkat Tsunami Jepang, Kota Atlantis Ditemukan - Atlantis, sebuah benua yang hilang secara misterius ini merupakan benua yang hilang tanpa diketahui hingga saat ini. Atlantis merupakan slaah satu misteri terbesar yang ada di bumi ini. Tetapi terdengan kabar jika Atlantis telah ditemukan setelah terjadi tsunami jepang beberapa waktu yang lalu. Apa benar Berkat Tsunami Jepang, Kota Atlantis Ditemukan
Photobucket
Sebuah tim asal Amerika Serikat mengaku menemukan titik ordinat yang tepat di mana kota hilang ini berada. Kota metropolis legendaris ini diduga tenggelam oleh kekuatan tsunami ratusan tahun lalu di Spanyol Selatan. "Ini adalah kekuatan tsunami," kata kepala tim peneliti Richard Freund seperti dikutip dari huffingtonpost.com. "Sangat sulit dimengerti bahwa tsunami bisa menyapu 60 mil daratan," kata Freund yang berasal dari University of Hartford, Connecticut. Dia adalah profesor yang memimpin tim internasional untuk mencari lokasi tepat kota Atlantis.Untuk memecahkan misteri ratusan tahun ini, tim menggunakan foto satelit dari kota tenggelam dan menduga lokasinya di Cadiz, Spanyol.

Di rawa luas bernama Dona Ana Park, tim percaya mereka menemukan wilayah kuno Atlantis. Sebuah tim yang terdiri dari arkeolog dan ahli geologi pada 2009 dan 2010 menggunakan sejumlah piranti, mulai dari radar bawah tanah, peta digital, dan teknologi bawah tanah untuk menyurvei situs tersebut. Penemuan Freund ini memperkuat dugaan gambar yang dibuat para pengungsi kota tersebut setelah tsunami menghantam. Warga Atlantis yang berhasil selamat diduga masuk ke pedalaman dan membangun kota baru. Temuan tim ini akan dikupas dalam edisi khusus National Geographic terbaru, "Finding Atlantis."

Meskipun sulit memastikan Spanyol sebagai tempat kuburan kota Atlantis, namun, Freud yakin simpul pencarian kota-kota peringatan membuat dia yakin bahwa rawa lumpur di pantai selatan Spanyol itu lah tempat situs kota hilang. "Kami menemukan sesuatu yang belum pernah dilihat sebelumnya," kata dia. Menurut Freud, sesuatu ini lah yang makin menguatkan tingkat kredibilitas, khususnya bagi arkeologi mengenai situs tersebut. "Sehingga menjadi lebih masuk akal."

Keberadaan kota metropolis Atlantis muncul setelah filsuf Yunani Plato menulisnya 2600 tahun yang lalu. Dia menggambarkan kota ini sebagai sebuah pulau di depan selat yang disebut Pilar Hercules sebagai selat Gibraltar yang terkenal di zaman kuno. Menggunakan perhitungan peta Plato ini, pencari situs Atlantis selama ini fokus di wilayah Mediterania dan Atlantik. Freud menambahkan catatan mengenai tsunami sudah didokumentasikan selama berabad-abad. Salah satu gelombang pasang terbesar menghantam Lisbon pada November 1755.

Filsuf Yunani, Plato, menulis tentang Atlantis sekitar 2.600 tahun lalu, menggambarkannya sebagai “sebuah pulau yang terletak di depan selat yang disebut sebagai Pilar-pilar Hercules”, nama yang digunakan untuk Selat Gibraltar di masa lalu. Menggunakan pernyataan Plato tersebut sebagai peta, pencarian Atlantis pun difokuskan pada Laut Mediterania sebagai situs yang paling memungkinkan bagi kota itu. Tsunami di wilayah itu telah didokumentasikan selama berabad-abad. Salah satu yang terbesar adalah gelombang setinggi 10 lantai yang menerjang Lisabon pada November 1755.
Photobucket
Perdebatan tentang apakah Atlantis benar-benar ada telah berlangsung selama ribuan tahun. Catatan Plato dari 360 SM adalah satu-satunya sumber informasi sejarah tentang kota itu. Plato mengatakan pulau yang disebutnya Atlantis itu "hilang ditelan laut dalam satu hari". Para pakar berencana melakukan ekskavasi di situs yang mereka yakini sebagai lokasi Atlantis. Mereka juga akan meneliti lebih lanjut “kota-kota” misterius di Spanyol tengah untuk mengetahui formasi geologis dan usia artefak yang ditemukan.

Terlepas di mana lokasi tepat situs ini, hal paling fundamental -apakah Atlantis itu ada atau tidak- pun masih jadi perdebatan panjang selama ribuan tahun. Dialog Plato dari tahun 360 SM menjadi satu-satunya sumber sejarah soal kota ini. Plato mengatakan pulau ini disebut Atlantis, "Dalam satu hari satu malam, menghilang di kedalaman laut."

Para ahli mulai merencanakan penggalian di situs yang diduga Atlantis berada, Spanyol untuk mempelajari geologi dan temuan artefak termutakhir.
0 komentar

10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia


Asia merupakan sebuah benua besar yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta cara hidup. Dengan kepelbagaian kaum dan ras sudah pastinya terdapat pelbagai jenis makanan. Atas dasar world of views dan perbezaan geografi maka pelbagai jenis makanan terhasil. Jom kita tengok makanan pelik orang Asia. walaupun begitu saya tidak memfokuskan kepada haiwan eksotik, mahu pun yang biasa kita dengar seperti daging anjing atau katak.Pelik kerana ianya sangat berbeza, unik dan menarik, namun mungkin tekak anda akan loya apabila makanan ini dihidangkan didepan anda, jom layan.

Balut.

Merupakan makanan tradisional dari Filipina, dan menjadi kegemaran ramai.Bahan asasnya ialah telur itik atau ayam.Telur tersebut mestilah telur yang sudah dieramkan dan hanya menunggu masa untuk menetas. Embrio telur sudah membentuk tubuh ayam atau itik yang sudah sempurna. Biasanya ianya dimasak dengan rebusan kicap atau perisa dan dicicah dengan sos. Menurut orang filipina, makanan ini memang sedap dan menyelerakan.Cuma berhati-hati sewaktu memakannya, mungkin tulang atau bulu ayam akan terlekat di tekak.


Balut

embrio, ayam,makanan kegemaran di Filipina


Drunken Shrimp.

Makanan yang menjadi kontroversi di China, udang mentah yang masih hidup digaulkan bersama-sama dengan arak dan dijadikan hidangan. Masih popular di sesetengah tempat di China, walaupun dianggap kejam. Makanan laut secara mentah ini sangat berbahaya,kerana mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang belum mati.


udang mentah masih hidup


Ying Yang Fish ( Ikan Ying Yang )

Merupakan makanan yang diharamkan di Taiwan, namun masih popular di sebelah Asia Timur.Ying yang merupakan tenaga di dalam badan yang terbahagi 2, baik dan jahat, namun diterjemahkan kepada ikan, dimana, ikan akan dimasak hanya di bahagian badannya, sementara ikan tersebut masih hidup.Memang merupakan cara masakan yang kejam,kerana insang ikan masih tercungap-cungap sementara isinya dimakan.


Ying Yang Fish-ikan masih bernyawa


Serangga- Tarantula, cengkerik, belalang

Di anggap sebagai snek yang rangup dan lazat bagi penduduk di Thailand, Laos dan Kemboja. Kebanyakan serangg ini akan digoreng dan dijaual biasanya sewaktu pasar malam. Serangga ini dikatakan bagus kerana dikatakan mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Tarantula, makanan lazat bagi masyarakat kemboja



Sannakji Hoe ( Sotong Mentah Hidup )

Sotong diletakkan di dalam akuarium, jika pelanggan ingin memakannya, sotong tadi ditangkap, dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan minyak dan biji bijan, dan di makan mentah-mentah. Merupakan makanan popular di Korea, kata mereka lebih menarik jika sotong tersebut bergerak-gerak di dalam pinggan, lebih menyelerakan.






Telur Semut Merah

Merupakan makanan kegemaran bagi masyarakat di Thailand.terdapat di kawasan gerai jalanan sehinggalah di ke restoren mewah. Makanan eksotik ini biasanya dihidangkan di dalam bentuk sup.Kata orang Thailand sewaktu memakan telur semut,ianya begitu lembut, dan meletup di dalam mulut dengan rasa yang istimewa.



Ikan Mentah ( Jepun )

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan pelbagai makanan mentahnya.

Ikan menari, ikan kecil ini dimakan mentah,dihirup,dikatakan ikanmenari kerana ia berenang-renang di dalam mulut sebelum ditelan !



Shiokara,Makanan laut, dari ikan mentah,yang bercampur garam dan cuka yang di tapai ( lebih kurang macam budu kut? )


Natto- soya yang ditapai, sangat busuk, tetapi menjadi makanan sarapan pagi masyarakat Jepun

Mata Ikan Tuna sebagai hidangan istimewa.


Ada banyak lagi makanan di seluruh dunia yang pelik, namun di dalam Islam kita mesti memilih makanan yang bersih, suci lagi halal, kerana makanan membentuk jiwa dan keperibadian.kalau korang nak tahu makanan peik di seluruh dunia boleh ke sini


kredit pic :

weird-food.com
bootsnal.com
loneleeplanet.com
thaiguidetothailand.com
unearthingasia.com
0 komentar

Sarawak kini dalam perhatian FAM

IMBAS KEMBALI... Aksi antara Sarawak dan Perak dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada 21 September lalu.


SELEPAS Perak, Sarawak pula berada perhatian persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didakwa terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.
Juara Liga Premier itu didakwa terlibat dalam skandal tersebut ketika pertemuan menentang Perak pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, 21 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat mendedahkan, beliau telah menerima maklumat mengenai perkara tersebut baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum menemui sebarang bukti kukuh bahawa Sarawak terlibat dengan gejala mengatur perlawanan.
“Kami telah mendapat maklumat itu (dakwaan rasuah membabitkan Sarawak) tetapi belum ada sebarang bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan.

“Dalam hal ini, kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan jika betul (dakwaan tersebut), kami akan terus ke sana (Sarawak) untuk melakukan siasatan,” jelas Aseh selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM di Kelab Tasik Putrajaya di Putrajaya semalam.

Aseh memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera terhadap mana-mana pasukan jika mendapati berlaku unsur-unsur mengatur perlawanan dalam sesuatu perlawanan.
“Sebab itu siasatan perlu dibuat dan saya menaruh keyakinan terhadap SPRM dan pihak polis sekiranya terdapat sebarang bahan bukti yang sahih,” katanya.

Pada 23 September lalu, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung tugas ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah, penolong jurulatih dan pegawai pasukan itu selama dua minggu kerana mengesyaki wujudnya unsur sabotaj dan rasuah dalam skuad Kejor Yob Kejor.
Ia rentetan kekalahan besar 1-6 kepada Sarawak dalam aksi terakhir Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Negeri.
Kekalahan itu menyaksikan Perak tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia musim ini biarpun bermula cemerlang dalam aksi peringkat kumpulan.

 kosmo.com.my/ 
0 komentar

Enam Cara Ampuh Merayu Perempuan


Anda seorang pria yang ingin menyentuh hati perempuan? Mudah saja, Anda cukup mengikuti enam cara ampuhnya. Apa sajakah?

1. Bahasa tubuh

Postur Anda bahasa tubuh yang mengkomunikasikan segalanya. Untuk itu, Anda hanya perlu melengkungkan punggung dan sedikit menonjolkan dada Anda. Ambil jarak dua kaki, saat Anda berbicara dengan seorang peremupuan yang menjadi target hati.

Ingatlah, Anda tidak harus terlalu dekat dengannya, tapi mesti agak lebih dekat dari jarak percakapan sehari-hari. Tambahan lainnya, Anda benar-benar selalu membuka diri dengan tetap fokus untuk merayunya.

Agar hasil maksimal, jangan pernah memasukan kedua tangan Anda ke dalam saku celana. Untuk memastikan apakah perempuan pujaan terpikat dengan Anda, mundur sedikit saja. Pastikanlah perempuan itu mengikuti gerakan tubuh Anda. Jika perempuan itu mengikuti gerakan Anda, itu pertanda pendekatan sukses,

2. Kontak mata

Mata Anda bertemu dengan matanya adalah alat efektif dalam seni merayu. Anda bisa

memaksimalkan menatap mata perempuan dengan tatapan kekaguman dan penuh cinta.

Biasanya, tatapan mata seperti itu mampu membuat hati perempuan

mabuk cinta kalang-kabut. Buktikanlah, seandainya saja melintasi perempuan yang ingin Anda goda, berilah tatapan dua kali pada matanya, lalu berpindah dengan halus secara perlahan.

Usai itu janganlah lupa untuk memberikan senyuman saat Anda hendak memalingkan wajah. Tunggulah, seandainya perempuan idaman Anda tanggap, maka ia akan menangkap isyarat ketertarikan Anda.

3. Menyentuhnya

Sentuhan boleh Anda lakukan. Awal memulai, sentuh pundak atau tangannya sewaktu berbicara dengannya. Sentuhlah dengan perlahan-lahan. Itu, agar sentuhan Anda tak ia artikan sebagai sesuatu yang melecehkan. Yang perlu Anda ingat, saat menyentuh jangan keluar dari pundak. Itu sebagai bentuk penghormatan baginya.

4. Agresif

Anda pasti mengetahui, para perempuan sangat menyukai pria yang berani melakukan

apapun demi mendapat apa yang menjadi keinginannya. Untuk itu, Anda harus tampil penuh rasa percaya diri dan pantang menyerah. Merajuk dengan memberinya pujian menjadi suatu anjuran. Ingat, lakukan hal itu dalam batas wajar.

5. Apa Adanya

Jujur, tepat dan apa adanya saat Anda menyampaikan bahasa tubuh kepadanya. Apa saja yang Anda katakan harus tampak hidup dan apa adanya. Ajak perempuan Anda perbincangan ringan, bukan sesuatu yang mendalam. Janganlah selalu bicara tentang diri Anda, tapi eksplorasi banyak topik sehingga enjalin keakraban interaksi Anda dengannya.

6. Kontrol hati

Anda tak perlu gugup sewaktu Anda mendekatinya. Pancarkan rasa percaya diri dan yakin kalau Anda mampu mengontrol hati. Tampilkan rasa nyaman dan aman kepadanya.

Ingat, perempuan sangat menyukai pria yang membuatnya aman dan nyaman. Itu daya pemikatnya. Agar hasilnya maksimal, jangan pernah menyombongkan. Justru, Anda harus tampak gembira, antusias dengan hati dan pikiran positif.


Sumber : http://inilah.com/news/read/gaya-hidup/2010/05/29/565271/enam-cara-ampuh-merayu-perempuan/
0 komentar

10 pesawat Canggih tetapi Gagal total

1. TUPOLEV TU-144

Pesawat yang mirip dengan Concorde ini adalah pesawat supersonic pertama yang dibuat Rusia yang mencapai kecepatan March 2 (2 kali kecepatan suara), pesawat yg dijuluki "Concordski" ini begitu cepat namun tertimpa kesialan yg bertubi-tubi, 3 pesawat jatuh salah satunya jatuh ketika beraksi di Paris Air Show 1973 yg disaksikan beribu pasang mata.

Suatu kecelakaan yg dramatis sehingga pesawat ini akhirnya hanya dijadikan sebagai pesawat pengantar surat oleh pemerintah Rusia, pada tahun 1985 pesawat ini berhenti mengudara.

2. B.O.A.C. de Havilland Comet


COMET merupakan pesawat jet komersial Inggris pertama sekaligus merupakan kebanggan inggris ketika mengudara pertama kalinya pada tahun 1949, tapi sekarang hanya dikenang sebagai pesawat yang sangat tidak aman untuk terbang, dari 114 yang diproduksi 13 diantaranya jatuh karena cacat produksi karena salah satu material logam dari pesawat itu mudah rusak


3. H-4 Hercules


The "Spruce Goose" begitu pesawat ini dijuluki adalah pesawat paling pintar sekaligus paling besar namun juga merupakan pesawat paling mubadzir yang pernah dimiliki pemerintah Amerika.

Dengan rentangan sayap yang panjangnya 319 Feet atau sekitar 97 meter pesawat ini rencananya akan dipakai untuk perang dunia II, namun setelah perang dunia II berakhir pesawat ini belum selesai dibuat, setelah selesai diproduksi pesawat ini hanya pernah terbang 1 kali saja.

4. LWS-4 Zubr


Zubr merupakan pesawat yang buruk sekaligus tak bermanfaat, selain tidak nyaman ketika terbang juga bisa hancur tanpa peringatan ketika menerima tekanan udara yang tinggi, tak hanya itu pesawat ini tidak mampu terbang ketika dimuati hanya beberapa dus rokok saja.

Pesawat ini pernah terbang beberapa kali ketika perang dunia II namun tidak pernah terlibat dalam pertempuran.


5. Christmas Bullet


Nama yang bagus, pesawat yang buruk, Dr. William Christmas melupakan 1 hal ketika mendesain pesawat ini, dia tidak tahu kalau sayap pesawat model ini butuh penopang
Alhasil ketika terbang perdana pada tahun 1918 sayap pesawat ini hancur berantakan dan jatuh.

6. Beechcraft Starship


Dengan konstruksi carbon-composite, desain yang unik dan mesin turbo dibelakang, Starship merupakan suatu terobosan baru namun pesawat ini terlalu lamban, sukar untuk diterbangkan dan sulit untuk di pelihara.

Pesawat ini mengudara pada tahun 1989 tetapi hanya laku beberapa unit saja dari 53 buah yang dibuat

7. Hiller VZ-1


Hiller VZ-1 tampak bagus diatas
Kertas namun tampak jelek diudara. Idenya sederhana saja, sebuah kipas berputar dan putaran itu menghasilkan dorongan keatas, sementara sang pilot mengendalikan pesawat sambil berdiri.
Departemen pertahanan Amerika jatuh cinta dengan model pesawat ini tetapi ketika diterbangkan diatas kecepatan 16 Mil/jam pesawat ini sulit dikendalikan bergerak kesana-kemari akhirnya project ini dihentikan pada tahun 1950an.

8. A-12 Avenger II


Pesawat project-nya Departemen pertahanan Amerika ini memakan biaya yang begitu besar dan boros, juga merupakan project paling memalukan di era 1980an karena sistem radar yang menggunakan bahan composite ini sering tidak berfungsi.

Riset untuk memperbaiki kekurangan ini hanya menjadikan biaya pembuatan pesawat ini melambung tinggi menjadi $ 165 Juta/unit (sekitar RP. 1,5 Triliun) akhirnya project ini dihentikan oleh Menteri pertahanan Amerika pada tahun 1991

9. Royal Aircraft B.E.2


Dengan mesin yang seperti kurang darah, miskin kemampuan manuver dan posisi senapan yang menghalangi pilot. Pasukan Jerman dengan mudah menembak jatuh pesawat-pesawat ini dalam pertempuran perang dunia I.


10. Boeing XB 15


XB 15 merupakan pesawat terbesar yang pernah dibuat Amerika selain H-4 Hercules, pembom ukuran raksasa ini bahkan ada kamar tidur untuk kru di bagian sayapnya. Ketika diuji coba pada tahun 1937 pesawat ini tidak mampu terbang lama dan hanya mampu melaju dalam kecepatan 200 mil/jam, angkatan udara Amerika menghentikan project ini, selanjutnya pesawat ini dimodifikasi dan hanya dijadikan pesawat kargo dengan nama Boeing XB.
 
sumber



Orignal From: 10 pesawat Canggih tetapi Gagal total

0 komentar

Ronaldo Bakal Kahwin Kali Ke 4


RIO DE JANEIRO -  Bekas penyerang Brazil, Ronaldo bakal menamatkan zaman dudanya untuk berkahwin kali keempat dengan Paula Morais.

Lagenda Brazil itu atau nama asalnya Luis Nazario de Lima telah melamar Morais pada hari jadi ke-28 teman wanitanya.

Ronaldo, 37,  yang sudah mempunyai tiga orang anak  hasil tiga perkahwinannya sebelum ini, telah memuatnaik detik-detik manis tersebut dalam instagram.

Pemegang anugerah World Cup Golden Ball pada 1998 itu, melamar Morias dalam suasana romantik di hadapan rakan-rakannya.

Ketika dia mengeluarkan cincin, orang ramai melaungkan ‘Aceita, aceita, aceita’ iaitu meminta Morias menerima lamaran tersebut.

Dia kemudiannya memuat naik gambar mereka berdua bersama cincin baru itu dengan mesej ‘Love you, Paula Morais’.
0 komentar

Inilah Foto Foto Tragis Rumah Sakit Jiwa Di Serbia Kosovo




Foto-foto berikut diambil oleh George Georgiou yang bekerja di Kosovo dan Serbia pada tahun 1999-2002. Foto ini menggambarkan keadaan rumah sakit jiwa di kedua negara tersebut.










sumber
0 komentar

7 Sebab Mengapa Trans7 Layak Menjadi Saluran TV Terbaik Di Indonesia

7 Sebab Mengapa Trans7 Layak Menjadi Saluran TV Terbaik Di Indonesia

Sebelumnya, postingan ini bukan bermaksud mempromosikan salah satu channel TV Swasta di Indonesia maupun mendiskreditkan channel yang lain.



Channel TV swasta ini lebih mengedepankan tayangan yang lebih inovatif dan berbobot dibandingkan dengan channel TV swasta yang lain yang masih mengedepankan tayangan konservatif demi menunjang rating tanpa memperdulikan isi acaranya.

Berikut beberapa keunggulan dari Trans 7 :

1. Tidak menayangkan sinetron maupun live show band – band kacangan disaat hampir semua channel menyiarkan acara – acara tersebut. Terbukti bahwa kualitas lebih diandalkan daripada perburuan rating

2. Memperbanyak segmen acara yang bernilai edukasi dan ilmu pengetahuan, seperti On the spot, Laptop si Unyil, aku ingin tahu, asal usul dll

3. Memaparkan kekayaan alam negeri ini melalui acara Jejak Petualang & si Bolang

4. Memaparkan kekayaan khazanah budaya bangsa dari acara Redaksi Pagi Jalan – Jalan, ditayangkan setiap Sabtu dan Minggu pagi (hostnya cantik lho )

5. Pada saat jam prime time dimana pada saat itu masyarakat banyak yang menonton TV, Trans 7 menawarkan acara hiburan yang menarik seperti Opera Van Java

6. Mengulas potret kehidupan masyarakat Indonesia yang beraneka ragam dalam acara Kacamata, Ogah ngeyel & Komunitas unik

7. Lebih banyak menyiarkan produk acara lokal bermutu daripada filem - filem impor yang tidak sesuai dengan kepribadian orang indonesia.

0 komentar

Pengundi Dun Sungai Limau kena cerdik Makan umpan jangan joran Presiden PAS

Harakahdaily, 30 Okt 2013
JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.
Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.”

"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.

Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.

Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik.

"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.”

"Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya.
0 komentar

VIDEO Lawatan Mengejut Pemain Barcelona Neymar Ke Rumah Peminatnya Di Ampang


MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.

Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.

Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.

Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.

“Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!” kata Syafiq.

“Dia datang dan berkata, ‘Di mana Syafiq?’ Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut.”
0 komentar

Sony Umumkan Xperia go dan acro S Terbaru


TOKYO - Vendor electronik asal Jepang ini mengumumkan deretan ponsel cerdas terbarunya, Sony Xperia go dan acro S. Kedua ponsel cerdas tersebut ditenagai sistem operasi Android dan akan dilepas ke pasr global pada kuartal ketiga tahun ini.

Diwartakan Softpedia, Kamis (31/5/2012), hal yang jadi andalan kedua posnel cerdas ini adalah ketangguhan serta ketahanannya pada air. Keduanya dibekali layar kaca mineral yang tahan gores. Selain itu, go dan acro S diklaim telah lulus standar industri tingkat IP67 dan IP57, dalam hal ketahanan terhadap debu dan rendaman air.

Meski diluncurkan pada kuartal tiga tahun ini, Xperia go masih menggunakan sistem operasi Android Gingerbread. Sony mengkonfirmasi update Ice Cream Sandwich untuk perangkat ini akan hadir menyusul peluncurannya. Di sisi lain, Xperia acro S akan hadir dengan Android Ice Cream Sandwich.

Keduanya hadir pre-loaded dengan Music Unlimited serta Video Unlimited dari Sony Entertainment Network. Melaluinyan, pengguna akan bisa mengakses film Holywood blockbuster, serial TV dan berbagai musik.

Xperia go tampil dengan layar Reality Display seluas 3,5 inci yang didongkrak menggunakan teknologi BRAVIA Engine (480 x 320 pixel). Sementara itu, acro S punya layar HD Reality Display yang sedikit lebih besar pada 4,3 inci. Ketajamannya pada 720p (1280 x 720 pixel).

Dari sisi piranti keras, Xperia go memiliki prosesor dual-core berkecepatan 1GHz dan RAM 512MB. Sedangkan Xperia acro S hadir lebih kuat menggunakan prosesor dual-core berkecapatan 1,5GHz dikombinasikan RAM 1GB.

source
0 komentar

Proses Terbentuknya Pulau Jawa



Sebuah teori geologi kuno menyebutkan, proses terbentuknya daratan yang terjadi di Asia belahan selatan adalah akibat proses pergerakan anak benua India ke utara, yang bertabrakan dengan lempengan sebelah utara. Pergerakan lempeng bumi inilah yang kemudian melahirkan Gunung Himalaya.

Konon, proses tersebut terjadi pada 20-36 juta tahun yang silam. Anak benua yang di selatan sebagian terendam air laut, sehingga yang muncul di permukaan adalah gugusan-gugusan pulau yang merupakan mata rantai gunung berapi. Gugusan pulau-pulau di Asia Tenggara, yang sebagian adalah Nuswantoro (Nusantara), yang pada zaman dahulu disebut Sweta Dwipa. Dari bagian daratan ini salah satunya adalah gugusan anak benua yang disebut Jawata, yang satu potongan bagiannya adalah pulau Jawa.Jawata artinya gurunya orang Jawa. Wong dari kata Wahong, dan Tiyang dari kata Ti Hyang, yang berarti keturunan atau berasal dari Dewata. Konon karena itulah pulau Bali sampai kini masih dikenal sebagai pulau Dewata, karena juga merupakan potongan dari benua Sweta Dwipa atau Jawata.
Mengingat kalau dulunya anak benua India dan Sweta Dwipa atau Jawata itu satu daerah, maka tidak heran kalau ada budayanya yang hampir sama, atau mudah saling menerima pengaruh. Juga perkembagan agama di wilayah ini, khususnya Hindu dan Budha yang nyaris sama.
sumber: http://www.strov.co.cc/2010/02/proses-terbentuknya-pulau-jawa.html
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. global posting - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger