Rumah calon PAS disimbah cat merah di Sabah

  • Malaysiakini  Apr 19 2013
 
Calon PAS di Tanjung Batu Fatmawaty Mohd Yusof menerima kejutan apabila rumahnya disimbah cat merah dan batu dilemparkan di tingkap rumahnya.

Menurut Fatmawaty, batu yang dilempar di tingkap tingkat bawah itu dibalut dengan secebis kertas bertulis:

NONE"Tarik diri atau!!!"

Katanya, ketika kejadian beliau sedang tidur di tingkap atas sebelum dikejutkan saudara perempuannya yang mendengar sesuatu di luar.

"Bila kami keluar Ente nampak cat. Masih basah. Kami tidak nampak orang di sekeliling," katanya ketika dihubungi.

Kereta polis dan peronda tiba tidak lama selepas dimaklumkan berhubung perkara tersebut.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. global posting - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger